Friday, May 29, 2009

Mengantuknya


Sabar aje la. pagi tadi baru sampai dari kelantan.... punya la driver bas tu memandu perlahan entah la sebab bas rosak atau memang dia pandu perlahan adoiiiiii.... sampai hentian kajang pukul 7.30 am yang selalu sampai pukul 5.30 - 6.00 am. lambat lagi masuk kerja harini....huhuhuh........

Monday, May 25, 2009

Tension

Bukan apa tosilitis datang lagi..... sakit nya keronkongku............ klik play kalau nak lihat keronkongku.... huuuhu

Wednesday, May 13, 2009

WOW Cantiknya make-up dia

Haaa, kali ni i nak memblog pasal make up la pulak..... khas utk wanita.....
Ini adalah make up cara orang negara Oman........ dan kedai bridal ni kat Muscat......
Sesiapa yang teringin mengetahui lebih pasal servis dia boleh la lawati web ini














Cantik kan.........

Wednesday, May 6, 2009

Kebaikan Buah Plum

Pokok plum ialah pokok berbuah pepauh dalam genus Prunus, subgenus Prunus. Subgenus ini dibezakan daripada subgenus lain ( peach, ceri, dsb.) kerana pucuknya ada tunas terminal dan tunas sisinya tidakberkelompok, bunga-bunganya dikelompok 1-5 kuntum bersama pada batang pendek, dan buahnya beralur.


Apa yang unik tentang buah plum ni adalah kepelbagaian jenis , warna, saiz, dan bentuk. Di antara bentuk yang ada ialah bulat, bujur dan bentuk hati. dan kulit buah plum boleh berwarna:

Merah ungu
Ungu

Biru tua

Merah hijau

Hijau merah

Kuning jingga

Hijau

Merah

Buah plum TINGGI karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga merupakan sumber terbaik vitamin A, vitamin C, kalsium, magnesium, zat besi, kalium , serat, bebas sodium (garam) dan kolestrol.


Kulit buah plum mampu merangsangkan pergerakan usus dan mengatasi masalah sembelit. Pengambilan buah plum meningkatkan khasiat buat tubuh, mengurangkan berat badan serta mengurangan risiko peningkatan tekanan darah.
Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

Prun

Plum yang telah dikeringkan adalah buah prun. Ada 2 cara pengeringan buah plum iaitu secara semulajadi (dibiarkan atas pokok sehingga kering) dan kering menggunakan ketuhar dalam suhu yang rendah. Kandungan polifenol yang tinggi dalam prun boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Prun boleh mencegah osteoporosis dan melindungi jantung dengan menurunkan kadar kolesterol.

Produk Prun

Tetapi sesiapa yang mempunyai masalah batu dalam buah pinggang tidak digalakkan mengambil buah plum dan prun berlebihan. Dapatkan nasihat dari pakar perubatan dahulu.

Tuesday, May 5, 2009

Bosan tak terkata

Eeeemmmmmmmmm.. Dari hari Rabu line internet problem..... pastu cuti , tak gi mana pun, 3 hari kat umah .... masuk ofis hari Isnin internet tak de lagii.... sampai la hari ni... rasa macam kena kurung dalam kandang..... tension betoi... dah tak tahu nak buat apa.......bukan takde keja... banyak keja yang tengah pending di tempat lain... so takde benda nak buat... nak buat modul pun kena guna internet... semua tergendala..... huhuhu