WANITA BERSIFAT TANAH
Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September)
Capricon (22 Disember-20 Januari)
-Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
-Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
-Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
-Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
-Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA BERSIFAT API
Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos)
Sagittarius (23 November-21 Disember)
-Dilahirkan sebagai pemimpin
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
-Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA BERSIFAT ANGIN
Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari)
-Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA BERSIFAT AIR
Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)
-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
INI CUMA RAMALAN…… BUKAN 100% BOLEH DIPERCAYAI…