Wednesday, December 31, 2008
Selamat Tinggal 2008
Lunch kat San Fransisco
Monday, December 15, 2008
Dhilesh naik kuda mainan
Jalan-jalan kat Iyer Hitam
EEeeeeeeeeeeemmmmmmmmm sempat lagi bergambar dengan topi..... tak beli pun..... kalau beli rasa membazir aje... bkn sebab mahal sebab tak guna.... harganya murah aje RM 12. Cantik tak topi i..... pakwe i pulak tak jumpa kuda ...... sayang, Iyer Hitam tak sediakan kuda kalau tak sudah tentu kami bergambar dgn topi tu..... cute tak anak buah i tu... kesian kena pakai topi perempuan..... cari punya cari tak jumpa satu pun topi budak lelaki. sebab kan panas terik terpaksa la beli topi budak perempuan.. tapi cute jugak kan.....
Makkkk oooooiiiiiiiiiii ,,, anak patung, bantal, perhiasan...... banyak---- nya... cantik..... lagi murah pulak tuuu.... Hamper POOH tu RM 99.90 aje. besar gak. kalau peluk tak cukup tangan agaknya......
Susah betul kami nak bergambar sama..... takde orang nak tolong ambil kan..... agaknya lain kali kena pergi studio baru boleh kot.... hehhehehe frus betoiiiiii....
Kalau nak shopping perhiasan rumah pergi la Iyer Hitam..... Tapi survey dulu semua kedai. harga tak sama........
Berkelah di Port Dickson
Tokei buat burger.......
Tempat kami pergi tu bukan teluk kemang atau pantai yang famous, entahlah pantai takde nama.... tempat dia kecil boleh muat dalam 5 family aje ( belakang Pusat latihan Mardi ) kalau tak silap saya la kan... tempat dia cantik sangt, bersih ........ ada pemandangan pulau kecil lagi... memang best......
Jalan- jalan kat Singapura.
hhhheeeeeeeeeemmmm, tension betoi budak kecik ni, kalau dukung tak nak senyum kallau dia sorang mula la tunjuk aksi berlagak dia tu..... rupa rupanya dia lebih suka bergambar sorang sorang.... freedom katakan.... hahahaha...... harimau pun dia naik... berani betullll...
haaaaa ni pulak aksi memanjat...... bukan benda baru baginya.... kat rumah sinki, dapur, kabinet habis dipanjatnya. pantang masak, nak panjat utk tengok apa ada dalam kuali.... entah mcm mana makcik dan kakak i jaga dia...... hai Thiben ( anak makcik) katak pun u tak lepas ke. apa ingat kuda ke.. tu katak la.... hehehe...... seronok sebenarnya bila lihat aksi dan kerenah budak tapi kekadang tension gak. Ikut masa la.... dan atas kehendak masing2. bila tension jgn lagi tension cubala release dgn melayan kerenah dia org. pasti kita akan hilang tension tu kalau kita ambil sebalik nya tentu lagi membebankan... betul tak.... semua atas pemikiran seseorang la....
My befday
Pada asalnya i tak nak celebrate befday i pada tahun ni. Ni tahun pertama i menyambut befday tanpa mak. rasa terkilan sangat. tapi i tak boleh buat kawan kawan n saudara mara i terkilan betul tak...
So tengahari tu Hj Azri adakan jamuan sempana Hari Raya Korban... dia masak kari kambing, ayam goreng dan sayur.
Petang tu lak kami ( saya dan Hj Azri) diberi suprise oleh konco-konco komunis Unit Komuniti Elektronik dgn kek. befday Hj. Azri 27 Dec sama befday dgn mak i.... so
Kami potong kek sekali la...
Sebelum dan selepas potong kek
Selepas selesai makan kek, i bertolak ke rumah makcik (adik mak) di Bentong, Pahang, sebab esokkan harinya nak pergi melawat pakcik (adik ayah) kat hospital Temerloh, Pahang. sampai dah dalam kul 8.30 mlm. makcik asyik suruh pergi mandi. adoiiiiiiiii dah penat keja, ppenat drive tak nak bagi i rehat sekejap pun.... tension betoi. Selepas bersiap i pergi dapur.... biasala lapar... terkejut lagi ada kek atas meja..... huhuhu pisang berbuah dua kali..... tak ku sangka akan potong kek lagi pada hari yang sama.
Haaaa tentu nak tahu kan i dapat hadiah apa..... i dapat hadiah sari dari pakwe i yang tersayang ... tq dear. really nice...... sari yang dah lama i idamkan.... tq......
I nak ucapkan terima kasih kepada semua yang belikan i kek. tq very much.Befday En Azlan.....
I dan Kak Sue mula berfikir utk beli kek tapi akhirnya ambil keputusan utk buat kek aje.... hahaha... kami ni kan tengah hangat buat kek n muffin. Kak Sue ni la tokei muffin kat INFRA. sesiapa yang nak order boleh contact kami. hehehe. so kami syer beli barang n buat kek chocolate moist kukus.......
Haaaa jom kita tengok reaksi komunis kita potong kek......
Jamuan Hari Raya kat INFRA 2008
Saya bawa pau kacang dan sandwich sardin special... hehehe...
Hai, orang lain sibuk arrange makanan,
dia orang sibuk berposing MAUT la pulak,..... termasuk i la hahahahahaahah......
terkena batang hidung sendiri...
Jamuan hari raya dirasmikan oleh Pn Rubiyah, Ketua Bahagian Latihan......
Serbuan yang dibuat oleh staff Bhg Latihan. hehehe......
Chah, tahu la u lapar tapi duduk la dulu. Tak baik makan sambil jalan Chah......
Selepas tragedi pot luck........
Konvensyen Peringkat Zon 2008
pagi 30 Okt baru sampai dari Kelantan.... masuk masuk opis kena ditugaskan kounter pendaftaran peserta......
Muka penat traveling lagi.... sempat lagi bergambar.. huhuh
saya ditugaskan sampai kul 11.30 mlm... aduiii penatnya.... Penantian satu penyeksaan.. kakaka. Jiwang la pulak.
Tapi sekali sekala buat kerja macam ni seronok gak. Pengalaman baru katakan.
Hari kedua....
Malam hari ke-2..... Majlis Makan Malam Bersama Menteri
Sempat lagi buat otai bergambar.... hehehe.... biasa la dah lama tak bergambar dgn sari, mula la berposing tu..... kakakaka.....
Majlis berbuka puasa KKLW bersama anak2 yatim tahun 2008.
Haa yg gambar berlima tu i, Safinaz, Suhaila, Izzah dan yg duduk tu Normie. semua ni AJK Hadiah. Kuang... Kuang... kepala otaiiiiii.....
Befday Ganesh 2008....
I celebrate simple simple aje, beli Kek cheese yogurt (sedap gila) ala tak ingat la nama kedai tu.. tapi kat bandar kajang dekat Metro Point sebelah Dunkin Donut. kedai kecik aje tapi kek dia memang sedap...., then beli pizza , dan satay..... .
sorry le, gambar tak clear. ambil dgn handphone.........Keretaku
Ini la kereta ku..... Hyundai Inikom Getz. Sebenarnya kereta ni adalah kereta kedua ku dalam masa setahun. kereta pertama adalah Proton Wira SE warna maroon......
Nak tahu cerita tak, kenapa i boleh guna 2 kereta dalam masa setahun ? sebenarnya bukan i tukar kereta atau jual kereta Wira tu tapi kereta i kena curi oleh orang yang tak berhati perut. tak puas i pakai kereta tu sebab i guna kereta tu 3 bulan aje dah kena curi. sakit hati tu sakit hati gak... ya la sapa yang tak sakit hati kan, beli mahal mahal diambil org mcm tu ajeeeeeeee.....
Dan yang paling sedih, mak i tak sempat merasa kedua dua kereta yang i beli...... dia la orang yang teringin sangat nak naik kereta i.. masa kereta pertama hilang.... i pujuk dia nanti i beli kereta baru nanti boleh la naik.semasa i booking dia ada bersama tapi bila i dah dapat kereta tu dia dah takde kat dunia ni....... i betul betul rasa kesal tak dapat tunaikan keinginannya... ialah mak mana yang tak teringin nak naik kereta anaknya. mak mana yang tak suka anaknya maju ke depan...... i cuma harapkan restunya sentiasa bersama i , adik beradik i dan semua orang......
Tuesday, December 2, 2008
Kursus kat Seberang Perak
heeeeeeeeeeeeemmmm, selalu nya kursus unit KE buat kat INFRA aje, tapi kali kami berkesempatan buat kat Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Perak.
Sessampai aje kat kat pusat latihan Felcra seberang perak, daftar bilik asrama, haaaaaaaaaaaaaaa apalagi saya, En. Azri, En Lan, En Amir, Pak Din, Kak Sue (ni la orang pergi ke seberang Perak)terus ke tempat orang jual buah buahan la. gian betul nak makan buah....... ish.... ish.... anak sapa ni semua tak tahu nak rehat dulu ke?
adoiii En. Lan tahu la u tak jumpa durian dah setahun. tapi jgn la gelojoh mcm tu , nanti kak Mas(wife dia la) lari. hehehehe.selesai makan durian dan manggis , haaaaa apalagi ronda- ronda tepi tali air dan sawah padi la.... apalagi.....
espedisi kami utk hari pertama tak selesai kat situ aje. sampai aje kat pusat latihan haaaaaaaaaaaa ni lagi seronok. kait buah manggis dan rambutan kat pokok pokok kepunyaan pusat latihan felcra yang kat belakang asrama.......adoiiiiiiiiiiii sakit kepala org felcra nak melayan kami berenam ni.....
nak tahu satu kebenaran, tiap tiap hari minum petang juadahnya adalah dari buah durian. pulut dan pengat durian tak cukup tu buah durian lgi dihidangkan. sampai dah tak boleh makan, perut kenyang tapi mulut dan tangan tak nak nak jugak berhenti... hehehehe... mulut cakap tak nak tapi tangan ambil lagiiiiiii....... pembaca blog mungkin tak boleh bayangkan keadaan tapi cuba la bayangkan ya.....macam mana keadaannya. En Amir sampai muka dah pucat makan durian... hemmm tak henti gakkkkkkkk......
Sebelah petangnya pulak, kami tak ditinggalkan oleh memerang-memerang atau lebih dikenali dengan DUGONG INFRA pergi menjala ikan air tawar yang diketuai oleh En Malek kakitangan Felcra. kalau i cerita pun tak la seronok sangat kot. kalau tengok gambar lagi seronok. tentu dah faham yang yang kat situ.... hehehehe
gambar pertama ni posing maut dengan jala yang bakal digunakan untuk menangkap ikan. ish.. ish.. budak 2 org ( sue n kavi) tu berlagak macam pandai menjala aje .... hehehehe kantoiiiiiiiiiiiii.....
ni pulak gambar memerang2 INFRA dan FELCRA.......................................(bayangkan suasana di sana mcm mana riuh rendahnya.........)
ni la hasil tangkapan kami ikan lampam dan baung yang dijadikan salah satu menu makan malam hari tu....
Sepanjang saya keja kat INFRA , ni la pengalaman yang i betul betul tak boleh lupakan. Memang seronok. keja keja juga.....tapi masa yang terluang memang digunakan sepenuhnyaaaaaaaaaaaaa. cayok cayok UNIT KE...... hilang penat bekerja......
Berjalan- jalan dgn Ganesh kat Kelantan
haaa kalau nak tahu ni la 1st time Ganesh pergi Kelantan.... masa naming function Dhilesh.Ya la. Ini masa utk kenalkan dengan saudara mara tapi dikenalkan dengan dasar kawan biasa aje la. hahahaha.... Tapi family i dah tahu cuma tak nak hebohkan lagi dgn saudara mara.
Sebenarnya kat Kelantan banyak tempat yang menarik cuma masa yang singkat hanya i boleh bawa dia beberapa tempat aje...... iaitu Pengakalan Kubur, Wat Buddha, Pantai Cahaya Bulan...... tak banyak tempat la yg sempat pergi... tapi ok la dia paham jiwang....so tak rasa bersalah la hehehehe......
ni diantara gambar- gambar yang sempat ambil dgn handphone hehehe. lupa nak bawa kamera... kantoiiiiiiiiiiiiiiii.......