Ini la kereta ku..... Hyundai Inikom Getz. Sebenarnya kereta ni adalah kereta kedua ku dalam masa setahun. kereta pertama adalah Proton Wira SE warna maroon......
Nak tahu cerita tak, kenapa i boleh guna 2 kereta dalam masa setahun ? sebenarnya bukan i tukar kereta atau jual kereta Wira tu tapi kereta i kena curi oleh orang yang tak berhati perut. tak puas i pakai kereta tu sebab i guna kereta tu 3 bulan aje dah kena curi. sakit hati tu sakit hati gak... ya la sapa yang tak sakit hati kan, beli mahal mahal diambil org mcm tu ajeeeeeeee.....
Dan yang paling sedih, mak i tak sempat merasa kedua dua kereta yang i beli...... dia la orang yang teringin sangat nak naik kereta i.. masa kereta pertama hilang.... i pujuk dia nanti i beli kereta baru nanti boleh la naik.semasa i booking dia ada bersama tapi bila i dah dapat kereta tu dia dah takde kat dunia ni....... i betul betul rasa kesal tak dapat tunaikan keinginannya... ialah mak mana yang tak teringin nak naik kereta anaknya. mak mana yang tak suka anaknya maju ke depan...... i cuma harapkan restunya sentiasa bersama i , adik beradik i dan semua orang......
kereta ni lagi cun kalo takder sticker P tu kat cermin..heheh. bila mau tamat tempoh P nih??
ReplyDeleteoooooo itu P kah .. hujung bulan April kasi settle la.... huhuhu.... syokkkk nyeee
ReplyDelete